CARDS     TAGS & STICKERS     BUNTINGS & BANNERS     FAVORS     PACKAGING     OTHERS     F.A.Q

          Wednesday, June 16, 2010

          Setelkahwin.com, dah setel belum?

          Entri kali ni khas untuk para pengusaha perniagaan berasaskan industri perkahwinan.

          Jika anda terlibat secara langsung dan masih lagi mencari-cari tapak pengiklanan maya, Setelkahwin.com menawarkan pelbagai ciri terbaru & menarik.

          Pendaftaran sebagai ahli dan vendor adalah percuma.
          Setelkahwin.com menawarkan beberapa ciri menarik yang berlainan dari portal perkahwinan yang lain. Selain storan untuk menaikmuat gambar-gambar produk, terdapat ruangan blog untuk para vendor berkongsi tips atau info tawaran terkini atau apa saja cerita menarik. Terdapat ciri-ciri aplikasi Facebook yang turut dimuatkan seperti opsyen menambah rakan, meletak status terbaru dan kotak chat peribadi.

          Selain pendaftaran percuma, terdapat pilihan untuk naiktaraf kepada 'vendor premium'. Sehingga 30 Jun 2010, Setelkahwin.com menawarkan caj sebanyak RM49/bulan sahaja (harga biasa RM79/bulan) untuk naiktaraf kepada 'vendor premium. Ciri-ciri dan faedah untuk 'vendor premium' adalah seperti :
          • Briefcase : Storan senarai harga, borang dan brosur perniagaan. Tidak lagi perlu dihantar melalui email setiap kali menerima pertanyaan dari pelanggan.
          • Chatroom : Sembang secara 'realtime' dengan ahli-ahli Setelkahwin.com yang lain
          • Blog : Tanpa Had (Terhad kepada 3 post setiap bulan untuk ahli biasa)
          • Mesej peribadi : Tanpa Had (Terhad kepada 3 mesej setiap bulan untuk ahli biasa)
          • Galleria : Tanpa Had (Terhad kepada 3 upload setiap bulan untuk ahli biasa)

          Pelbagai ciri lain akan diperkenalkan dari semasa ke semasa.

          Secara peribadi, kami merasakan tawaran Setelkahwin.com lebih menarik dari kebanyakan portal perkahwinan yang lain. Ini kerana setiap pengusaha berdaftar bukan sahaja diberi tapak dalam senarai direktori. Malahan dibekalkan dengan pelbagai 'marketing tools' yang lebih interaktif dan 'user friendly'. Setiap nama perniagaan tidak hanya terpampang pada portal, malahan kita boleh berkomunikasi secara terus dengan pelanggan.

          InsyaAllah kami akan senaraikan pula ciri-ciri menarik pada Setelkahwin.com kepada bakal-bakal pengantin.

          2 comments:

          1. hye durra, iam interested to register sugarpink icing and Kirana as vendor, will check out the site soon.

            ReplyDelete
          2. Hi! Have you registered? Setelkahwin.com has been featured on Wanita Hari Ini TV3 and also appeared in a full-page article by mStar (TheStar)!

            ReplyDelete

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...