Sebelum ini saya pernah membuat entri tentang kelebihan
Setelkahwin.com kepada para usahawan perniagaan berkaitan perkahwinan
di sini. Kali ini, khas untuk bakal-bakal pengantin yang masih tercari-cari di mana dan bagaimana untuk memulakan persiapan perkahwinan mereka.
Setelkahwin.com adalah sebuah laman web solusi perkahwinan setempat untuk bakal-bakal pengantin & vendor-vendor perkahwinan.
Apa yang membezakan Setelkahwin.com dengan portal-portal perkahwinan yang lain?
Selepas mendaftar secara percuma, anda boleh terus menggunakan aplikasi Senarai Semak & Belanjawan online yang amat berguna untuk anda merancang majlis perkahwinan dengan lebih teratur. Aplikasi-aplikasi ini telah disiapkan dengan senarai asas yang boleh dipadam atau ditambah mengikut kesesuaikan dengan keperluan majlis anda. Senarai-senarai ini juga boleh dicetak sebagai rujukan. Berikut merupakan beberapa screenshot aplikasi daripada Setelkahwin.com.

Dashboard

Aplikasi Senarai Semak

Tambah tugasan untuk senarai semak anda

Pilihan untuk mencetak laporan senarai semak

Laporan senarai semak yang boleh dicetak untuk rujukan anda

Aplikasi Belanjawan

Tambah kategori belanjawan

Laporan cetakan belanjawan untuk rujukan, juga boleh dicetak.