Pada 22 November 2009, www.artchetak.com berpeluang muncul di segmen
Bekerja Dari Rumah di rancangan
Apa Kata Wanita di TV1. Sejak itu, dari semasa ke semasa, saya menerima e-mail dari wanita-wanita, terutamanya kaum ibu yang berhajat untuk mula berniaga secara kecil-kecilan dari rumah. Dengan pengalaman yang amat cetek, rasanya saya bukanlah sumber terbaik untuk memberi nasihat. Yang boleh cuma sekadar pandangan yang tak seberapa berdasarkan pengalaman sendiri.
Agak sukar untuk mendapatkan bahan bacaan yang ditujukan khas kepada kaum wanita bagi isu memulakan perniagaan dari rumah. Kebanyakan yang berada di pasaran adalah di import dari negara barat. Walaupun secara amnya, boleh digunapakai, tetapi masih perlu buku rujukan tulisan anak tempatan.
Alhamdulillah, pada Mei 2010, buku bertajuk Jana RM Dari Rumah berada di pasaran. Buku hasil tulisan
Masayu Ahmad, di tulis khas untuk kaum wanita, para ibu bekerja khasnya yang berhajat untuk bertukar kepada status bekerja dari rumah.
Jana RM Dari Rumah bukan sahaja memberi pelbagai idea jenis perniagaan yang boleh di jalankan di rumah, malah, menjelaskan pelbagai perkara yang berkaitan. Terdapat panduan-panduan bagaimana untuk mengurus masa, cabaran bekerja dari rumah, pengurusan pemasaran, persaingan dan kewangan turut diterangkan.
Bekerja dari rumah tidaklah semudah yang disangka. Sesiapa yang memasang niat, perlu mendapat maklumat apa yang bakal dihadapi. InsyaAllah semuanya ada di dalam buku ini, begitu juga panduan motivasi diri sekiranya apa yang dirancang tidak membuahkan hasil.
Kulit muka hadapan & autograf penulis.
www.artchetak.com berkongsi cerita & pengalaman.